Monday, December 27, 2010
My Niece makin Comel......
Friday, December 17, 2010
Hari ini......

Alhamdulillah bersyukurku kehadrat ILLAHI kerana diberikan umur yang panjang,untuk meneruskan hidup ini...kadang-kala kita rasa kosong dalam hidup kita,sebab apa kita jadi macam tue,kerana hubungan kita dengan ALLAH kita xjagakan....YA ALLAH ampunkanlah dosa hambamu ini.....
Sunday, December 12, 2010
22 tahun......
Ku sedar baktiku masih tidak mencukupi lagi,
Setelah umurku meningkat lagi,
Ku sedar usahaku tak sampai mana pun lagi,
Setelah umurku meningkat lagi,
Ku rupanya dalam kealpaan selama ini,
Setelah umurku meningkat lagi,
Ku rupanya dalam kepalsuan lagi.
Setelah umurku meningkat lagi,
Semua dihadapan ku hanya kepuraan diri,
Setelah umurku meningkat lagi,
Semua dihadapan ku merupakan yang tak pasti.
Jadi biar diriku ubah segalanya,
Jangan biarkan diri ini dipermainkan lagi,
Jadi biar diriku lupakan segalanya,
Jangan biarkan diri disandiwara lagi.
Thursday, December 9, 2010
I'm thinking about my carrier



Antara bidang-bidang yang ju bakal jadikan sebagai kerjaya suatu hari nanti....insyaALLAH...



4. AUDITOR


I LOVE MY FAMILY

Tuesday, November 30, 2010
Azuddin & Co
yaALLAH murahkanlah rezeki hambamu ini untuk mendapat kerja....
thanks a lot to staff Azuddin & Co....
Saturday, November 27, 2010
Kasih sayang seorang bapa.....

Teringat suatu peristiwa....Peristiwa ini berlaku semasa ju memandu kereta, Masa tue hendak pulang dari rumah nenek,ju bawa tidaklah laju mane,biasa-bisa sahaja....semua berjalan dengan lancar,yelah kne drive kereta manual,,alhamdulillah ok....tapi bila masuk kawasan kampung,ju terlanggar lekuk....erm lepas tu kena marahlah dengan ayah ju....biasalah kereta orang....
Mungkin hati ni sensitif sangat,sebab jarang kne marah dengan ayah ju,masuk bilik sedih....tapi kasih sayang seorang ayah,dia dapat merasakan anaknya merajuk,dia cuba cakap-cakap dengan ju.....tapi memang salah ju pun masa tue....cuma kurang kasih sayang sedikit...tapi lepas tue rasa dihargai sangat...hehe...sebenarnya nak bagitahu,ju sayang ayah ju,,,,,...Walaupun dia tegas,tapi dia sangat penyayang.....
Sekarang ayah ju tidak berapa sihat...tapi sebagai anak,ju sentiasa doakan ayah ju cepat sembuh.....
Ya ALLAH lindungilah ibu bapaku dari gangguan sihir.....amin....
YA ALLAH....

Twitter Background
Dalam meneruskan perjalanan sebagai hamba ALLAH di muka bumi ini...banyak onak dan duri yang perlu kita tempuhi....Sebagai muslim kita perlu ikhtiar dan penghujungnya adalah tawakal....Jika berbicara soal agama,ju bukanlah orang yang layak untuk dijadikan rujukan,tapi ju cuba memperbaiki kelemahan ju,demi kebahagiaan yang ingin ju kecapi,iaitu kebahagiaan dunia akhirat....
As a muslimah,banyak ketempangan dan kecuaian yang banyak ju lakukan,memang pada hakikatnya,kita manusia tidak lari dari sifat pelupa...YaALLAH bantulah hambamu yang lemah ini...Tambahkanlah iman ku....Aku akan berusaha untuk memperbaiki diri ini....
Ju bersyukur kepada ALLAH kerana banyak sangat pertolongan dari ALLAH kepada ju....Banyak sangat nikmat yang diberi olehNYA....Alhamdulillah.....
Saturday, September 11, 2010
Hari RaYa PertAma...
Sunday, August 29, 2010
Raya Oh Raya...
Kalau cakap soal raya,semua orang akan kata, baju raya berapa pasang?,raya dekat mana tahun ni?,Banyak tak buat kuih raya?,,Kalau soalan ni di tanya dekat ju,ju akan jawab..."tak tahulah"......Kenapa macam tue pulak....sebab entahlah....
Raya jelah di mana-mana,asalkan ju nak tengok family ju bahagia dan hepy,tue yang paling penting,semua yang lain xpenting....Merekalah yang ju sangat sayang ketika ini...Merekalah harta yang bernilai buat ju sekarang dan selamanya....
Ju akan buat yang terbaik untuk mereka...Ju nak jaga family ju,Siapa yang melukakan hati keluarga ju,seolah-olah dia telah lukakan hidup ju....Ju rindu sangat dengan mereka....
Buat keluargaku....
Raya ni kita pergi kubur arwah nenek k....Ia mengingatkan ju,yang hidup pasti akan mati...apa yang kita nak kejar dengan dunia,jika bekalan akhirat kita abaikan...yaALLAH ampunkanlah dosa hambamu ini...AMIN....
Kepada kawan-kawan UiTM...
Tahun ni kita tidak dapat berpuasa sama-sama,sebab masing-masing ada praktikal...Mase pergi steamboat ju xdapat join,sebab ada halangan yang tidak dapat dielakkan....Maaf ye kawan-kawan....
Kepada kawan-kawan sekampungku....
Nanti raya datanglah rumah k...Pintu sentiasa terbuka untuk kalian....
Erm...berhenti dululah k...sebab nak buat kuih raya...Doakan jadilah kuihnya...hehe...salam ukhwah fillah...Nilai persahabatan itu penting buatku....
Sayang semua.....
Raya nak dekat.....

Sunday, August 22, 2010
Ramadhan kali ini....

Tapi hati ni sayu sangat sejak akhir-akhir ini...tapi kenapa?apa yang sedang berlaku kepada diriku...ju pn tidak mampu nak tafsirkan apa yang ju rasa sekarang....Aku redha dengan setiap ujian dan dugaan yang berlaku padaku......Hati kena ikhlas dalam melakukan sesuatu perkara.....sayunya.......ingat ju,sabar dengan apa yang berlaku....
Kawan-kawan selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak.....YaALLAH ketengan yang ku perlukan ketika ini.....
Ramadhan yang sangat berbeza dari tahun lepas....
Sunday, August 8, 2010
Rindu dekat kawan-kawan *D
Berbalik kepada topik asal,gambar dekat atas ni,gambar before kitaorang amek second test Math...Erm muka ceria semuanya,padahal masa jawab kteorang tak tahu apa nak jawab..hehe..Kalau sir keluar jer,mata semua menjeling-jeling kawan sebelah..hehe..padahal kawan sebelah pun tak tahu,tapi nak pastikan jawapan sama jer...Ada tue jawapan sama ,jalan kerja taak ada..kreatif tak budak kelas kami ni...Tulah terlau united sangat...Budak-budak lelaki tunjuk baik,padahal mereka pun ada taktik meniru..hehe..Kteorang budak pompuan tahulah..kan.kan...


Yang berdiri dari kiri:dayahtullah,dayana,huda mamat,dayah is,Me,Tehah,wani,Neng,Meyna,Atin..
Yang duduk dari kiri:Huda zul,fayyadhah,dila,anis,ila,sarah...
Yang duduk dekat lantai ni dari kiri:Yan,Dayah Rubain,Liza...
Kelas *D memang suka amek gambar,ada saje gaya yang nak di buat...banyaklah pengalaman kita bersama...suka duka dalam satu kelas...Nak cerita pun tak habis sampai esok..hehe...Banyak sangat pengalaman dekat kelas ni...

Aku bersyukur....

(I miss you all......especially Dayana Ahmad Khairi...She alwayz give me support...thank a lotz..)
Sabar dengan ujian yang telah ju hadapi....ju bersyukur sekarang...ju dah mula tenang...walaupun kadang-kadang terfikir kenapa ju yang perlu galas beban tue...alhamdulillah rupanya ALLAH nak bagi ju sesuatu yang lebih baik...ju tahu semua tue,tapi kadang-kadang ju abaikan...
Ju pegang pada ayat ni:
Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu,dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui........
Betulkan....
Kepada adikku nurul yang selalu dengar luahan kakaknya,thank a lot...ko mesti marah aku kalau pk benda yang sama...aku minta maaf,tapi tulah aku nurul...kelemahan aku...
Aku dah cuba tapi makan masa kan..betul...life must be go on...
Dengan apa yang berlaku sekarang,ju jadi berhati-hati dengan perkara yang akan datang....Kadang-kadang ju marah,ju masih nak think +ve pada benda yang betul2 dah nyata....
Ingatlah,stop thinking....plizz ju...this is for your future life....
Wednesday, July 28, 2010
3 LangKah UnTuk Lupakan Cinta PertaMa

Namun, hidup ini seperti roda. Sekejap kita di atas, sekejap kita di bawah. Cinta yang indah akhirnya berakhir dengan kekecewaan. Kepada yang sedang mengalami kekecewaan cinta kali pertama, maka artikel kali ini adalah untuk tatapan anda.
Kisah sedih tidak akan berakhir dengan kesedihan sahaja. Kekecewaan anda boleh diubati dengan masa yang berlalu dan perubahan pemikiran anda serta situasi di sekeliling anda.
Di bawah adalah antara langkah-langkah tindakan yang boleh anda lakukan untuk melupakan bekas kekasih cinta pertama anda.
1. Hapuskan Si Dia Dalam Hidup Anda
Si dia dah keluar daripada hidup anda. Tetapi anda masih di dalam hidup anda sendiri. Lupakan terus dia. Putuskan segala komunikasi dengan si dia, buang jauh segala benda dan perkara yang akan menyebabkan anda mengingati si dia. Sentiasa ingat cinta anda telah berakhir, tetapi hidup anda baru sahaja bermula. Ketahuilah, berakhirnya cinta anda ini bermakna, Tuhan ingin memberi ruang dan peluang yang lebih baik bagi anda. Go for it!
2. Hargailah Perasaan Anda Dan Luahkan Dengan Seadanya
Selalunya dalam keadaan begini, kita akan cenderung untuk menyembunyikan perasaan kita. Kita berpura-pura menjadi tabah dan kuat, sedangkan hati anda sedang meraung tangisan luka yang dalam. Sebenarnya, tidak salah untuk anda menangis. Laluilah saat ini dengan semula jadi tanpa pura-pura dan takutkan orang di sekeliling anda. Semakin anda menyedari realiti dan menyelami perasaan anda mengenai berakhirnya cinta anda ini, semakin cepatlah anda boleh melupakan cinta lama anda.
3. Ketahuiah Keadaan Akan Menajadi Lebih Baik
Mulakan dengan mendengar lagu-lagu sedih. Nampak seperti nasihat bodoh, tetapi inilah yang saya lakukan ketika saya dikecewakan dulu. Dengan mendengar lagu-lagu sedih, saya akhirnya sedar bahawa bukan saya seorang yang sedih di dunia ni, ramai lagi insan yang lebih malang. Ketika itulah saya boleh melihat masa depan yang cerah bagi saya. Saya bangkit. Anda pun boleh bangkit!
Thursday, July 22, 2010
Alhamdulillah...............
Apa yang baik,kita jadikan panduan,yang kurang tue jadikan sempadan...Memang taugh nak faham benda yang kita baru tahu,tapi berkat pertolongan orang di sekeliling,dapatlah ju siapkanya...Thank semua....
Wednesday, July 14, 2010
MATI....

"TANDA-TANDA KEMATIAN UNTUK ORANG ISLAM"

Firman Allah SWT;
Bermaksud;
“Bagaimana kamu kufur (ingkar) dengan Allah dan adalah kamu itu mati maka kamu dihidupkan, kemudian kamu dimatikan kemudian kamu dihidupkan kemudian kepada-Nya kamu dikembalikan”

Rasulallah SAW diriwayatkan masih mampu memperlihat dan menceritakan kepada
Imam Ghazali rahimahullah diriwayatkan memperolehi tanda-tanda ini sehinggakan beliau mampu menyediakan dirinya untuk menghadapi sakaratulmaut secara sendirian. Beliau menyediakan dirinya dengan segala persiapan termasuk mandinya, wuduknya serta kafannya sekali cuma ketika sampai bahagian tubuh dan kepala sahaja beliau telah memanggil abangnya iaitu Imam Ahmad Ibnu Hambal untuk menyambung tugas tersebut. Beliau wafat ketika Imam Ahmad bersedia untuk mengkafankan bahagian mukanya.
Adapun riwayat -riwayat ini memperlihatkan kepada kita sesungguhnya Allah SWT tidak pernah berlaku zalim kepada hambanya. Tanda-tanda yang diberikan adalah untuk menjadikan kita umat Islam supaya dapat bertaubat dan bersedia dalam perjalanan menghadap Allah SWT. Walaubagaimanapun semua tanda-tanda ini akan berlaku kepada orang-orang Islam sahaja manakala orang-orang kafir iaitu orang yang menyekutukan Allah nyawa mereka ini akan terus di rentap tanpa sebarang peringatan sesuai dengan kekufuran mereka kepada Allah SWT.
Adapun tanda-tanda ini terbahagi kepada beberapa keadaan :
Tanda 100 hari sebelum hari mati.
Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya.
Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja.
Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil.
Contohnya seperti daging lembu yang baru disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini.
Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian , tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat.
Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.
Tanda 40 hari sebelum hari mati
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT.
Maka malaikatmaut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa.
Akan terjadi malaikatmaut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika.
Adapun malaikatmaut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.
Tanda 7 hari
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.
Tanda 3 hari
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri.
Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti.
Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi.
Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam.
Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.
Tanda 1 hari
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.
Tanda Akhir
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum.
Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.
PENUTUP
Sesungguhnya marilah kita bertaqwa dan berdoa kepada Allah SWT semoga kita adalah di antara orang-orang yang yang dipilih oleh Allah yang akan diberi kesedaran untuk peka terhadap tanda-tanda mati ini semoga kita dapat membuat persiapan terakhir dalam usaha memohon keampunan samada dari Allah SWT mahupun dari manusia sendiri dari segala dosa dan urusan hutang piutang kita.
Walaubagaimanapun sesuai dengan sifat Allah SWT yang Maha Berkuasa lagi Maha Pemurah lagi maha mengasihani maka diriwatkan bahawa tarikh Mati seseorang manusia itu masih boleh diubah dengan amalan doa iaitu samada doa dari kita sendiri ataupun doa dari orang lain.
Namun ianya adalah ketentuan Allah SWT semata-mata.
Oleh itu marilah kita bersama-sama berusaha dan berdoa semoga kita diberi hidayah dan petunjuk oleh Allah SWT serta kelapangan masa dan kesihatan tubuh badan dan juga fikiran dalam usaha kita untuk mencari keredhaan Allah SWT samada di dunia mahupun akhirat.
Apa yang baik dan benar itu datangnya dari Allah SWT dan apa yang salah dan silap itu adalah dari kelemahan manusia itu sendiri.
Tuesday, July 13, 2010
Penat atau tenat?

Monday, July 12, 2010
Semangat atau buat orang Down..
Entahlah.....entry yang bagus...bagus ke?baguslah tue....sabar..sabar...sabar...
aku dah rasa macam alien sekarang...semangat kot...boleh menggigil aku satu hari nie...telajak perahu boleh di undur,telajak kata buruk padahnya...maaflah....hanya aku yang tahu apa yang aku rasa,kepada yang senasib,sabar k....sabar...biar orang nampak kelemahan kita,tapi janganlah sampai cakap macam tue...kita boleh...sabar k,kepada yang kawan aku satu lagi....Inilah realiti,yang perlu kita hadapikan...tolonglah janganlah sampai keluar words macam tue,orang akan rasa down....Orang yang aku pernah hormat,tapi kalau cakap macam tue,,minta maaflah...selagi boleh sabar,akan aku sabar...terima kasih sebab buatkan aku jadi lebih semangat untuk buktikan pada kalian yang aku mampu...manusia pun ada tahap kesabaran....sabar ju..sabar..sabar...
Minta maaflah,aku jadi takut dengan dia,aku jadi trauma dengan dia,minta maaf banyak-banyak....
Sunday, July 11, 2010
Starting now.....
Saturday, July 10, 2010
??????

Aku rasa down sangat sekarang,tapi dia banyak membantu aku,dia tidak pernah marah aku,malah teguran dia aku boleh terima,kata-kata dia penuh hikmah terhadapku,kata-kata dia membuatku aku lebih rasa hendak mendalami ilmu agama dengan lebih dekat,dalam aku kelam kabut,marah,panas hati dengan orang..satu jer perkataan dia"kita jangan biarkan diri kita dikawal oleh emosi kita,susah nanti"aku sangat kagum dengan dia...dia dapat kawal marah dia..Thank sangat...
Sampai satu tahap aku rasa,aku penuh dengan kekurangan...Teruknya banyak benda aku macam slow...Bila benda tue kawal aku,memang aku cepat down..mahu sahaja aku menangis sekuat-kuat hati aku...Kepercayaan itu penting,itu yang aku harapkan pada orang keliling aku,aku berusaha membaiki diri ini,,kita baru proses belajar,bukan orang expert pun...
Aku ni boleh dikatakan pendiam, kalau orang tidak kenal aku,mesti kata aku ni jenis xcampur orang..aku boleh masuk dengan semua,tapi cara aku bukan dengan "huha huha" sangat..aku suka mendengar orang cakap,dari aku bercakap..aku kadang-kadang tidak tahu,patut ke aku hipokrit dengan diri aku..kadang-kadang nak cakap pun macam berat...
Tapi dekat rumah aku memang lain,aku suka bercakap dekat rumah,aku rasa dekat dengan family aku,dia boleh buat aku gembira,buatkan aku tenang sangat,kalau serabut,balik rumah memang rasa tenang sangat,walau aku bukan orang kaya,tapi ketenangan tue aku dapat di rumah,aku boleh homesick kalau balik UiTM,sebab aku sangaaaaaaaaaaaaaaaaattttttttttttttt sayang dengan keluarga aku...
Secara jujurnya,masa-masa kecik dulu,aku ni suka bercakap,tapi sekarang dah xsama macam dulu,aku bukan jenis sombong,tapi aku tidak tahu nak cakap apa...Aku takut dengan manusia di luar sana,,Memang xsemua macam tue,tapi aku perlu berhati-hati...Jujur aku sedih,sebab aku xfaham,adalah benda yang aku xfaham...aku sedih,Ya ALLAH bantulah hambamu ini,berikanlah kefahaman kepada hambamu ini...Manusia kadang-kadang tidak sabar...Nak benda tue semua dengan cepat kilat...Tolonglah mengerti,banyak benda aku tidak tahu....aku memang jenis lambat faham cikit,tapi bukan aku tidak ikhtiar,macam-macam aku usahakan...
Ya aku kena sedari,tidak semua orang akan faham kita,melainkan sekarang juwairiah yang perlu faham orang lain..Dia banyak bagi panduan dekat aku,macam mana nak selesaikan masalah-masalah tue,thank a lot..
ALLAH bagi ujian dekat orang yang mampu hadapinya....Bermakna aku mampu hadapinya...insyaALLAH...
Wahai wanita........bacalah...sempena isra'mikraj

Peristiwa Isra' Mikraj
Penuh dgn iktibar~~~!!
Dalam penggembaraan luar biasa itu,Rasulullah s.a.w menyaksikan banyak perkara dahsyat terutama balasan serta seksaan yang diterima manusia lantaran melakukan kemungkaran di dunia...
Antaranya ialah :
1)Rasulullah s.a.w melihat wanita digantung dengan rambutnya dan otak di kepalanya mendidih kerana tidak mahu melindungi rambutnya dari dilihat lelaki lain.
2)Wanita yang digantung lidahnya dan tangannya dikeluarkan daripada punggung, minyak panas dituangkan ke dalam kerongkong kerana mereka suka menyakiti hati suami.
3)Baginda turut melihat bagaimana wanita digantung buah dadanya dari arah punggung, dan air pokok zakum dituang ke dalam kerongkongnya kerana perempuan itu menyusui anak orang lain tanpa keizinan suaminya
4)Manakala ada wanita diikat dua kakinya serta dua tangannya sampai ke ubun dan dibelit beberapa ular dan kala jengking kerana mereka boleh solat dan berpuasa tetapi tidak mahu mengerjakannya,tidak berwuduk dan tidak mahu mandi junub.
5)Terdapat wanita yang memakan daging tubuhnya sendiri manakala dibawahnya ada api yang menyala.Mereka adalah perempuan yang berhias untuk dilihat lelaki lain dan suka menceritakan aib orang lain.
6)Wanita yang memotong badannya sendiri dengan gunting dari neraka akibat mereka suka memahsyurkan diri sendiri supaya orang melihat akan perhiasannya.
7)Ada wanita yang kepalanya seperti kepala babi dan badannya pula seperti keldai.Mereka adalah wanita yang suka mengadu damba dan sangat suka berdusta.
8)Ada wanita yang menyerupai anjing dan beberapa ular serta kala jengking masuk ke mulutnya dan keluar melalui duburnya kerana mereka suka marah kepada suaminya dan memfitnah orang lain.
Begitulah antara seksaan yang menimpa wanita ketika peristiwa Rasulullah s.a.w melakukan Israk dan Mikraj.Ini membuatkan baginda sedih setiap kali mengenangkan peristiwa itu.=(
Friday, July 9, 2010
Sad..........

With the name of Allah, Most Gracious, Most Merciful ... help Your servant living in this world for peace and tranquility in the hereafter........
I am depressed with what happened now .. I do not know what my goals and I do not know what will happen next. I realized, God does not change the fate of a people, unless they themselves change their destiny..I have many problems that need to bear .. why do I need to face all these problems?
I promise I will study hard for my future .
Monday, July 5, 2010
Sesi Luahkan perasaan....

Biasanya sebelum tido,akan aku manfaatkan blog nie dengan luahan hatiku....Bukan untuk orang lain,tapi sebagai pengajaran ku..insyaALLAH...
Banyak benda yang aku fikir,sampai benda tue tak tercapai akalku untuk berfikir...Sejak akhir-akhir nie,banyak benda pelik yang berlaku padaku...sampai aku tidak tahu apa sebenarnya berlaku...
Entry ni memang bunyinya macam berat,tapi simple jer bagi orang yang boleh handlekan...tapi aku..............kategori apa?erm...hanya aku yang tahu...
Ada benda yang aku fikir,tapi mereka tidak fikir,dan ada benda yang aku tak fikir tapi mereka-mereka fikir...maaflah memeningkan kepala korang membacanya...
Orang kata dunia itu karma,aku pun selalu menyebut dekat kawan-kawan,what you do,you get back...Dalam situasi ju ni kenapa?karma ke?Entahlah.....sabar je lah....
Dalam dunia ni,ramai orang tengok pada luaran untuk kenal orang tue...habis apa nasib orang yang luarannya yang mempunyai kekurangan...Perjalanan kita masih jauh...ya memang masih jauh,banyak benda yang kita belum gali...manusia banyak ragamnya,tapi kita perlulah hadapi dengan tenang...
Aku dilahirkan dalam keadaan suci,tapi aku di pulangkan nanti,bagaimana keadaan aku ketika itu???????????????yaALLAH aku terlalu leka dengan nikmat dunia....aku tidak boleh begitu..ingat Juwairiah,dunia ini hanya sementara, yang kekal hanya di akhirat...
Aku akan cuba perbaiki diri ini...diri yang banyak leka,lalai...perlahan-perlahan...lama-lama aku akan jadi kuat...yang paling penting ketabahan itu perlu...
insyaALLAH.........
Sunday, July 4, 2010
My niece.....(Nur Balqis Qistina)



Rasa gembira sangat dapat anak buah yang pertama...xdapat ju gambarkan...nak bangun mesti tengok baby,nak tido pun mesti tgk baby...dia memg comel sangat...
Rase lucu sangat,bila bg air madu,dia minum sampai hbis,tapi bila bagi air masak,dia buat muke cmel dia,lepas tue mesti dia nangis....Apalah adik ni,minum jer,kan air tue sedap..Lahir dengan berat 3 kg,memg sihat....
Erm bila difikir balik,kenapa orang sanggup buang anak di tong sampah,baby tidak bersalah..Muka bersih,lahir suci tanpa sebarang dosa...
Comellllllllnnnnnyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.....
Esok nak keje,monday mood..biasalah tue...hari yang paling xseronok nak pergi keje adalah hari isnin,hari paling best adalah hari jumaat,sebab lepas tue boleh cuti...dalam diri nie,mesti ada keazaman untuk bekerja,,,,juy dah janjikan nak ambil seberapa banyak ilmu masa praktikal,jangan give up...keep it up....wake up....
Penat,semua keje penat,sepatah kata orang tue,adalah orangnya,,lagi banyak risiko yang kita ambil,lagi tinggi hasilnya...lagi kita malas,nasib kita masih di tempat yang sama...Jadi ju akan cuba perbaiki diri,dan serlahkan kemampuan diri...insyaALLAH....
Dokan ya...amin..............
Saturday, July 3, 2010
Bahaya Ego

Setiap kegiatan yang baik hendakalah diniatkan sebagai ibadah.Jangan mengeluh kerana ia menghilangakn kekuatan.Buanglah ego kerana ia adalah beban...
Beralih daripada yang buruk kepada kebaikan merupakan satu perjuangan yang panjang dan sukar.Namun di dalamnya terdapat kelegaan dan kepuasan.
Usah persiakan usiamu dengan dendam kesumat,hal-hal yang tidak perlu,bertekak dan bermasam muka.Sebaliknya penuhkan harimu dengan perkara bermanfaat.Percayalah senyuman mampu meruntuhkan egomu.
Jika anda sedar anda berbuat salah,akuilah ia dan belajarlah daripada kesilapan itu.Usahlah menuding jari ke arah orang lain sebaliknya lihat ke dalam diri sendiri.Gali mana akarnya....