Showing posts with label MutIARa..... Show all posts
Showing posts with label MutIARa..... Show all posts

Wednesday, July 28, 2010

3 LangKah UnTuk Lupakan Cinta PertaMa

Tadi ada waktu terluang,ju adalah baca satu artikel tentang nak lupakan cinta pertama..jadi ju nak kongsi kan dengan rakan2..insyaALLAH yang baik jadikan panduan k...Renung2kan dan selamat beramal...hehe

Teman-teman sekalian, cinta pertama memang cinta yang terindah sekali. Di saat kita masih ingin mengenali apakah erti kehidupan ini, hati kita terbuka untuk jatuh mahupun menerima cinta yang mendatang. Masihkah anda ingat perasaan anda ketika itu?

Namun, hidup ini seperti roda. Sekejap kita di atas, sekejap kita di bawah. Cinta yang indah akhirnya berakhir dengan kekecewaan. Kepada yang sedang mengalami kekecewaan cinta kali pertama, maka artikel kali ini adalah untuk tatapan anda.

Kisah sedih tidak akan berakhir dengan kesedihan sahaja. Kekecewaan anda boleh diubati dengan masa yang berlalu dan perubahan pemikiran anda serta situasi di sekeliling anda.

Di bawah adalah antara langkah-langkah tindakan yang boleh anda lakukan untuk melupakan bekas kekasih cinta pertama anda.

1. Hapuskan Si Dia Dalam Hidup Anda

Si dia dah keluar daripada hidup anda. Tetapi anda masih di dalam hidup anda sendiri. Lupakan terus dia. Putuskan segala komunikasi dengan si dia, buang jauh segala benda dan perkara yang akan menyebabkan anda mengingati si dia. Sentiasa ingat cinta anda telah berakhir, tetapi hidup anda baru sahaja bermula. Ketahuilah, berakhirnya cinta anda ini bermakna, Tuhan ingin memberi ruang dan peluang yang lebih baik bagi anda. Go for it!

2. Hargailah Perasaan Anda Dan Luahkan Dengan Seadanya

Selalunya dalam keadaan begini, kita akan cenderung untuk menyembunyikan perasaan kita. Kita berpura-pura menjadi tabah dan kuat, sedangkan hati anda sedang meraung tangisan luka yang dalam. Sebenarnya, tidak salah untuk anda menangis. Laluilah saat ini dengan semula jadi tanpa pura-pura dan takutkan orang di sekeliling anda. Semakin anda menyedari realiti dan menyelami perasaan anda mengenai berakhirnya cinta anda ini, semakin cepatlah anda boleh melupakan cinta lama anda.

3. Ketahuiah Keadaan Akan Menajadi Lebih Baik

Mulakan dengan mendengar lagu-lagu sedih. Nampak seperti nasihat bodoh, tetapi inilah yang saya lakukan ketika saya dikecewakan dulu. Dengan mendengar lagu-lagu sedih, saya akhirnya sedar bahawa bukan saya seorang yang sedih di dunia ni, ramai lagi insan yang lebih malang. Ketika itulah saya boleh melihat masa depan yang cerah bagi saya. Saya bangkit. Anda pun boleh bangkit!

Itulah tiga tips ringkas bagaimana untuk melupakan bekas kekaksih cinta pertama anda

Tuesday, July 13, 2010

Penat atau tenat?


Baru lepas buat kerja rumah...bosan..tidak tahu nak buat apa,jadi tangan nie laju untuk menaip sesuatu,akalku ligat berfikir,skrin laptop ni menembusi anganku...entah apa yang aku fikir,aku sendiri tidak tahu,"accept or reject?"Dua-dua ada kebaikan dan keburukan...Aku kena buat keputusan yang tepat supaya apa yang aku pilih dapat memuaskan hati semua orang dikeliling aku.....YaALLAH bantulah hambamu ini..

Sunday, July 11, 2010

Starting now.....

Starting from today, I promise to improve myself ... I will try to fulfill expectations of both my parents and try to learn a lot of things I do not know now ... please do not hurt me again .. I have my own life

Saturday, July 10, 2010

??????


Aku rasa bersyukur mempunyai teman yang boleh dipercayai,aku tidak sangka dia banyak membantu dan membimbing aku...Susah nak cari teman yang mampu menegur kesilapan kita secara terus terang...aku paling tidak suka dengan orang yang suka cakap belakang,kalau nak tegur,tegurlah depan-depan,barulah kita tahu kesilapan kita...macam-macam ragam orang kita boleh lihat sekarang...

Aku rasa down sangat sekarang,tapi dia banyak membantu aku,dia tidak pernah marah aku,malah teguran dia aku boleh terima,kata-kata dia penuh hikmah terhadapku,kata-kata dia membuatku aku lebih rasa hendak mendalami ilmu agama dengan lebih dekat,dalam aku kelam kabut,marah,panas hati dengan orang..satu jer perkataan dia"kita jangan biarkan diri kita dikawal oleh emosi kita,susah nanti"aku sangat kagum dengan dia...dia dapat kawal marah dia..Thank sangat...

Sampai satu tahap aku rasa,aku penuh dengan kekurangan...Teruknya banyak benda aku macam slow...Bila benda tue kawal aku,memang aku cepat down..mahu sahaja aku menangis sekuat-kuat hati aku...Kepercayaan itu penting,itu yang aku harapkan pada orang keliling aku,aku berusaha membaiki diri ini,,kita baru proses belajar,bukan orang expert pun...

Aku ni boleh dikatakan pendiam, kalau orang tidak kenal aku,mesti kata aku ni jenis xcampur orang..aku boleh masuk dengan semua,tapi cara aku bukan dengan "huha huha" sangat..aku suka mendengar orang cakap,dari aku bercakap..aku kadang-kadang tidak tahu,patut ke aku hipokrit dengan diri aku..kadang-kadang nak cakap pun macam berat...

Tapi dekat rumah aku memang lain,aku suka bercakap dekat rumah,aku rasa dekat dengan family aku,dia boleh buat aku gembira,buatkan aku tenang sangat,kalau serabut,balik rumah memang rasa tenang sangat,walau aku bukan orang kaya,tapi ketenangan tue aku dapat di rumah,aku boleh homesick kalau balik UiTM,sebab aku sangaaaaaaaaaaaaaaaaattttttttttttttt sayang dengan keluarga aku...

Secara jujurnya,masa-masa kecik dulu,aku ni suka bercakap,tapi sekarang dah xsama macam dulu,aku bukan jenis sombong,tapi aku tidak tahu nak cakap apa...Aku takut dengan manusia di luar sana,,Memang xsemua macam tue,tapi aku perlu berhati-hati...Jujur aku sedih,sebab aku xfaham,adalah benda yang aku xfaham...aku sedih,Ya ALLAH bantulah hambamu ini,berikanlah kefahaman kepada hambamu ini...Manusia kadang-kadang tidak sabar...Nak benda tue semua dengan cepat kilat...Tolonglah mengerti,banyak benda aku tidak tahu....aku memang jenis lambat faham cikit,tapi bukan aku tidak ikhtiar,macam-macam aku usahakan...

Ya aku kena sedari,tidak semua orang akan faham kita,melainkan sekarang juwairiah yang perlu faham orang lain..Dia banyak bagi panduan dekat aku,macam mana nak selesaikan masalah-masalah tue,thank a lot..

ALLAH bagi ujian dekat orang yang mampu hadapinya....Bermakna aku mampu hadapinya...insyaALLAH...


Monday, July 5, 2010

Sesi Luahkan perasaan....


Biasanya sebelum tido,akan aku manfaatkan blog nie dengan luahan hatiku....Bukan untuk orang lain,tapi sebagai pengajaran ku..insyaALLAH...

Banyak benda yang aku fikir,sampai benda tue tak tercapai akalku untuk berfikir...Sejak akhir-akhir nie,banyak benda pelik yang berlaku padaku...sampai aku tidak tahu apa sebenarnya berlaku...

Entry ni memang bunyinya macam berat,tapi simple jer bagi orang yang boleh handlekan...tapi aku..............kategori apa?erm...hanya aku yang tahu...

Ada benda yang aku fikir,tapi mereka tidak fikir,dan ada benda yang aku tak fikir tapi mereka-mereka fikir...maaflah memeningkan kepala korang membacanya...

Orang kata dunia itu karma,aku pun selalu menyebut dekat kawan-kawan,what you do,you get back...Dalam situasi ju ni kenapa?karma ke?Entahlah.....sabar je lah....

Dalam dunia ni,ramai orang tengok pada luaran untuk kenal orang tue...habis apa nasib orang yang luarannya yang mempunyai kekurangan...Perjalanan kita masih jauh...ya memang masih jauh,banyak benda yang kita belum gali...manusia banyak ragamnya,tapi kita perlulah hadapi dengan tenang...

Aku dilahirkan dalam keadaan suci,tapi aku di pulangkan nanti,bagaimana keadaan aku ketika itu???????????????yaALLAH aku terlalu leka dengan nikmat dunia....aku tidak boleh begitu..ingat Juwairiah,dunia ini hanya sementara, yang kekal hanya di akhirat...

Aku akan cuba perbaiki diri ini...diri yang banyak leka,lalai...perlahan-perlahan...lama-lama aku akan jadi kuat...yang paling penting ketabahan itu perlu...
insyaALLAH.........

Friday, July 2, 2010

Merenung diri....


Kadangkala rasa banyak sangat ketempangan dalam diri......Banyak sangat yang aku alami sekarang.....simpati pun tidak ada hasilnya,jika aku sendiri nak mengalah....Never give up ju.....Diharapkan semuanya akan selamat....

Wednesday, June 30, 2010

Hati perempuan.....


Sebagai seorang perempuan ju faham apa yang dia rasa...tapi kte kne kuat dengan semua ni..apa yang datang dariku adalah rezeki....aku rasa bosan dengan apa yang aku alami sekarang..tapi apa yang aku boleh buat sekarang,kekalkan apa yang aku dah buat sekarang dan perhatikan apa yang akan berlaku akan datang....Sudah cukuplah dengan apa yang aku tanggung...tapi aku tahu,dugaan buatku sekarang ada hikmahnya...

Yes,,sometimes kita terpaksa pk pasal diri sendiri jugak...orang tengok jer aku hepy2,tapi dalam hati nie hanya ALLAH yang tahu,kadang-kadang kte nak satisfy apa yang orang nak xbolehkan...

perempuan nie ada sifat sensitifnya,sekasar mana pun ia ada perasaan...ju ad perasaan,bukan ju xde perasaan dengan keputusan ju..macam nak nangis baca blog seseorang..aku mahu mengalah dengan semua nie...aku tidak mahu mengecewakan orang lain...bukan sifatku begitu...

Hari sedih sedunia hari nie...masalah bertimpa-timpa....serabut dengan macam-macam dugaan ni...aku tahu orang yang memikirkan aku lagi serabut...hopefully kte boleh bersabar dengan dugaan ni k...insyaALLAH...

Alangkah bahagianya,jika tiada masalah..ju pegang kate2,sebanyak mane masalah kita harus hadapi dengan sabar...sabar ju...be patient...

Esok nak keje,tapi mata ni xbleh terlelap...

Dia memang baik..semua orang hargai dia...ju bangga dengan dia...tapi memang betul,kesabaran dia dalam nasihatkan orang buat orang lain respect dekat dia...dia tidak pernah datangkan masalah..low profile dan mempunyai wawasan yang tinggi...ju bangga dengan dia...

keputusan yang dia buat xpernah dia goyah...aku rasa,aku orang yang banyak kekurangan...ju doakan dia akan success dengan apa yang dia buat...

sepandai mana kita pun,akhlak kita terhadap orang dikeliling kita adalah penting.....

tapi.......
xpelah ju harus tido...esok nak buat audit dekat luar...thank semangat tue...

Monday, June 28, 2010

Never give up...



Bila tgk gmbr dekat atas,hepynye wktu belajar berbanding dengan keje...tadi tertekan sgt..benda yg simple pn xbleh pk...sedih sangat..rase akal ni lambat jer berfungsi...lepas ni kena makan kismis banyak2,,,bg kuatkn sikit daya ingatan ni...macam mane boleh xthu...lupa pulak tue....sedihnya....Erm nak marah dengan diri sendiri jer....tapi ju kuat....ju xmudah give up....company Legenda Alam Sdn. Bhd....ko tunggu aku akan siapkan akaun ko....hehe...marah dekat diri sendiri...terlupe benda yang belajar masa sekolah menengah...takpe...berkat kesabaran,ju pasti,ju akan tahu selok belok company ni...tadi dahlah banyak tanye dengan staff dekat situ...kecian diaorang...xpe,ju yakin diaorang sabar dengan ju....

Tadi pun tension sebab takut xleh buat,takut tertinggal transaction...Tepat 5.30 p.m,masih termenung jer pk company tue,nak balik pun macam berat,,,bila masuk keta tadi,senyap jer,abg ju berbual ngn ju pun,ju anggukkan jer,padahal xthu apa yang dia cakap...dia singgah beli ayam golek pun ju xde perasaan...biarlah ayam tue bergolek2..hehe..yang penting serabut sangat....\

Sampai rumah,muka xde perasaan makan jer ayam tue..sedar2 dah nak hbis...hehe..betul org cakap kalau tension,kite nak makan jer...xpelah..lepas ni,ju nak fahamkan akaun,tengok sikit2 dekat internet,kot2 bleh membantu...Doakan ju k...

yang paling penting jangan pernah putus asa...jangan sia-siakan ilmu yang ada...sbenarnya nasihatkan pada diri sendiri jugak...Xpelah..nak berdoa pada ALLAH...mungkin hari ni lalai kot....Never give up....

Thursday, June 17, 2010

Belajar sesuatu....

Kadang-kadang kita xsgke orang tue jd mcm tue sebab apa...yang pastinya,kita sebagai manusia di muka bumi ALLAH ini perlu besyukur dengan apa yang ada.ju rase sedih...tapi tidak tahu untuk becerita denagn siapa....Semenjak praktikal nie, ju lebih sabar dan lebih tenang dengan apa yang berlaku....Mungkin dengan bekerja ju tidak fikir untuk benda remeh temeh...Kadang-kadang rasa bosan dengan life nie..but life must be go on...Nothing impossible....Ju try improve diri yang banyak kekurangan...Tapi ju terbayang, apa akan berlaku akan datang, masa tue masa dah berubah..ju pun mungkin sudah kecapi apa yang ju nak...ju doakan,ju redha dengan apa yang berlaku...Hari ini ramai di keliling ju bagi semangat dekat ju..thank semua...Cuma ju harap dia akn terfikir satu hari nanti,apa yang dia buat sudah cukup menyakitkan hati orang lain...Ju sebagai manusia pun ada tahap kesabaran...Erm,berhenti disini...sambung kerja...mulakan pagimu dengan senyuman...salam...

Wednesday, June 16, 2010

Astaghfirullah....

Tidak tahu apa yg difikirkan.....Kita hanya merancang ALLAH sahaja yang menentukan...kadangkala rasa diri ini penuh dengan kekurangan....Tapi sebagai manusia yang dikurniakn akal,aku akan terus bangun kehadapan...Lupakan apa yang berlaku dan memaafkannya....

Monday, May 24, 2010

Aku ilhamkan sesuatu dari kehidupan satu perasaan lain.

Hatinya Juwairiah
aku terdetik sendiri, salah kah tindakan ku?
pedulikah dia dgn tndakanku?
atau die sekadar menepuk tgn mengejek?
mencanang kpd dunia
"akulah lelaki terhebat, bermain dgn semua perasaan"
aku cuba mmerah air mata yg tak mahu keluar
atau sudah merajuk dek terlalu kerap digugurkan krn die
dia..bermain hati, bermain api
tapi aku yang hangus terbakar
katenye, dia x menganiaya
tapi knape aku yg teraniaya?
buta aku krn cinta
hingga ainun ini x mampu mngesan keindahn cinte di dpn ku
setia menghulur tangan utk aku wlau ape pun
sedia menadah diri untuk menjadi pelindung ku.

Aku, Juwairiah x kan memandang belakang
xkan lagi memandang die
aku sedia membuka seluas2nya pintu cintaku
untuk dia...Imamku...

nukilan: Sury....

Sunday, May 23, 2010

single terbaru Shahir " Kebahagiaan dalam perpisahan" - Behind the scene...

KeBahaGiaAn DaLaM PeRpiSaHaN

Tak perlu ucapkan sepatah kata
Kerna lantang terbaca dari muka
Kau dan daku sudah tiada
Keserasian di jiwa
Mungkin magisnya sudah hilang

Tak perlulah kita mencuba lagi
Betulkan kesilapan perhubungan ini
Bila setiap perbincangan
Menjadi perbalahan
Manakah agaknya cinta pasti

Chorus:

Embun pun takkan mampu menyubur sekuntum
Bunga yang layu pada musim luruh
Yang dulunya mekar di sinar suria
Bila sudah kering pasti akan gugur

Seperti cinta kita yang jelas ternyata
Semakin lama oh semakin rekah
Menimbulkan tanya, apa mungkin kita
Temu kebahagiaan dalam perpisahan..

Usah titis air mata kau tangiskan
Ku dah cukup menampung selautan
Begitu lama ku pendam
Tapi hanya berdiam
Kerna cuba menafi realiti

(ulang chorus)

Kebahagiaan.. dalam perpisahan..


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...