Saturday, July 10, 2010

Wahai wanita........bacalah...sempena isra'mikraj


Peristiwa Isra' Mikraj

Penuh dgn iktibar~~~!!

Dalam penggembaraan luar biasa itu,Rasulullah s.a.w menyaksikan banyak perkara dahsyat terutama balasan serta seksaan yang diterima manusia lantaran melakukan kemungkaran di dunia...
Antaranya ialah :

1)Rasulullah s.a.w melihat wanita digantung dengan rambutnya dan otak di kepalanya mendidih kerana tidak mahu melindungi rambutnya dari dilihat lelaki lain.

2)Wanita yang digantung lidahnya dan tangannya dikeluarkan daripada punggung, minyak panas dituangkan ke dalam kerongkong kerana mereka suka menyakiti hati suami.

3)Baginda turut melihat bagaimana wanita digantung buah dadanya dari arah punggung, dan air pokok zakum dituang ke dalam kerongkongnya kerana perempuan itu menyusui anak orang lain tanpa keizinan suaminya

4)Manakala ada wanita diikat dua kakinya serta dua tangannya sampai ke ubun dan dibelit beberapa ular dan kala jengking kerana mereka boleh solat dan berpuasa tetapi tidak mahu mengerjakannya,tidak berwuduk dan tidak mahu mandi junub.

5)Terdapat wanita yang memakan daging tubuhnya sendiri manakala dibawahnya ada api yang menyala.Mereka adalah perempuan yang berhias untuk dilihat lelaki lain dan suka menceritakan aib orang lain.

6)Wanita yang memotong badannya sendiri dengan gunting dari neraka akibat mereka suka memahsyurkan diri sendiri supaya orang melihat akan perhiasannya.

7)Ada wanita yang kepalanya seperti kepala babi dan badannya pula seperti keldai.Mereka adalah wanita yang suka mengadu damba dan sangat suka berdusta.

8)Ada wanita yang menyerupai anjing dan beberapa ular serta kala jengking masuk ke mulutnya dan keluar melalui duburnya kerana mereka suka marah kepada suaminya dan memfitnah orang lain.


Begitulah antara seksaan yang menimpa wanita ketika peristiwa Rasulullah s.a.w melakukan Israk dan Mikraj.Ini membuatkan baginda sedih setiap kali mengenangkan peristiwa itu.=(

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...